<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11113220\x26blogName\x3dSnap+untuk+Suka,+Bukan+untuk+Cari+Makan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nestum-ais.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nestum-ais.blogspot.com/\x26vt\x3d8490069313966893457', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, March 08, 2005

Senarailah adalah disusun mengikut abjab secara menurun.



Yaabbna, aktif terutama dlm aktiviti berkaitan universitynya. teater menjadi kegilaan. namun demikian, gj tetap tidak dilupakan. menyertai semua aktiviti tanpa mengira kumpulan. beliaulah contoh penghubung jambatan yang dicari oleh tokR. namun demikian, kita tak mampu untuk menriakkan diri dengan beliau apabila berkaitan dengan bowling dan memanah. aku surrender.





TokR, perlukah dikenalkan?? tak perlu rasanya, beliau telah menjalankan tanggungjawap beliau dengan begitu baik sekali sehingga nama beliau lebih popular dari GJ. Beliau ingin mengambil keputusan untuk berundur dari sebarang jawatan dlm GJ. katanya, beliau telah mengatakan yg AJK 2004 lebih baik dari 2005, jadi dia tidak boleh jadi ajk 2005. namun, semuanya terpulang kepada anda. (saya mengambil risiko besar dengan meletakkan nama beliau dlm list ini. hehehe)





Tipah, Tipah Vogue, popularnya tokR, begitulah popularnya jugak Tipah Tertipu ini. beliau yang mempunyai pengikut sendiri dan senantiasa join aktiviti. namun dengar katanya, tahun 2005 ni.. nak duk umah jer lebih.. hmm. payahlah nak ronggeng gitu..






Kak Sri Diah dlm dunia penulisan novel diMalaysia tidak perlu diperkenalkan lagi. pergi saja ke kedai buku novel. Naskah novel beliau semestinya, jika tiada, itu maknanya sudah sold-out. Aku amat mengharapkan, dengan kehadiran beliau dlm ajk nanti, mampu memberikan satu gaya baru dlm GengJurnal.




Spyz dan "En. Osman", spyz mungkin tidak nampak keaktifan beliau pada tahun 2004 kerana kehadiran wakil baru dalam keluarga beliau. namun beliau merupanya pestabil keriakan tokR. beliaulah menjaga tokR dari terlanjur kepada tahap riak yg melampau. setiausaha bos yg bagus.





Sultanmuzaffar, satu lagi nama besar dlm GJ. Pro AF ini telah memenangi beberapa anugerah weblog terbaik termasuk dari Gj sendiri. walaupun beliau berapa dlm kelompok beliau sendiri, namun saya rasa, kini, tiba masanya untuk kita menarik beliau bersama dlm GJ, merancang dan mencerna mesej mesej baru ke dlm GJ.





Walau dikejauhan, namun semangat beliau, amat aku kajumi. Penyokong setia TokR ini sentiasa melakukan setiap yang dikehendakinya dengan bersungguh sungguh. beliau juga amat dikenali kerana sistem promosinya yang baik. kita amat memerlukan individu yang kreatif dan produktif seperti beliau..






Op.. op.. op.. op.. ya.. mungkin op akan membakar blog aku kerana memasukkan nama beliau dlm list ini. namun, seperti merasa sesuatu yang tidak adil bagi diri aku terhadap GJ jika tidak mengenalkan individu yang betul betul komited terhadap Gj. dan paling penting, beliau begitu komited terhadap BLOG. setiap blogger pasti mengenali beliau dan senang dengan beliau. semoga dengan kehadiran beliau dlm GJ akan dapat melahirkan individu yang berkemampuan untuk menjadi pemandu F1. hehehe





Apa yang diterkejutkan, seorang peguam juga mampu menulis. malah tulisan beliau sudah banyak berada dipasaran. PENULISAN dan UNDANG-UNDANG merasakan dua perkara yang pasti merupakan sesuatu yg baik kepada GJ jika beliau berada dlm pimpinan. kita memerlukan beliau dalam menasihatkan AJK yang akan dilantik nanti semoga tidak melepasi paras riak yang telah distandardkan.





Mungkin, inilah produk NETT dalam usaha mencari penganti beliau. Nida merupakan individu sesuai bagi mengantikan Nett sebagai bendahari. seorang yang rajin dan pemurah dan semestinya seorang yang amanah. lihat sahaja gambar, beg beliau sentiasa dipegang walaupun ketika nak makan. tak ker amanah namanya tu??





Antara orang kuat GMI dan GL. malah, bukan itu sahaja, beliau juga adalah simbol semangat baru di dalam GJ. semangat yang membuak buak ini tidak harus kita hentikan malah kita beri ruang yang lebih baik lagi.





Orang kuat jln riong dan rumah pena ini, tidak kurang hebatnya, otaknya yg kreatif dan tenaga sentiasa bermain embun, jiwanya sentiasa kental. hahaha. tapi, keperluan orang media dlm ajk memastikan bahawa beliau adalah yang selayaknya berada dlm senarai 2005.





Individu ini aku tak tau mcm mana dia memperolehi satu populariti yang begitu gah. namun sayang, populariti beliau masih belum mampu menolong beliau mendapatkan perkerjaan. Namun demikian, pengalaman beliau sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah ipta popular malaysia semestinya akan amat berguna kepada kita semua.




Uncle EP, jiwa yg sentiasa muda belia, tak mcm tokR. hahaha. beliau sentiasa saja akan cuba bersama dengan GJ disetiap aktiviti yang diadakan.



Orang kuat GL ini, seharusnya berada dlm jawatankuasa bagi memudahkan penyelarasan dan keserasian dengan GL.





Dari sebuah idea yang sekadar suka suka, kini GMI telah menjadi satu entiti yang kukuh. Beliau merupakan produk hasil 'Anarki Terpimpin' ciptaan tokR. Basri sentiasa saja timbul dengan idea idea yang tidak perlu dicanang lama sebelum direalitikan.


mesej dari tokR

PILIHANRAYA GENG JURNAL

Pilihanraya Geng Jurnal telah tiba. Berikut adalah cara aku memilih calon:
:: GJ mesti terus aman, makmur dan harmoni dalam memperkasakan literasi tanah air. Jadilah lensa kepada masyarakat yang rabun huruf.
:: Teruslah memberi inspirasi untuk ahli-ahli GJ menjadi sukarelawan. Berjuanglah untuk menjalankan projek dengan kreatif. Seronok bertugas.
:: Hamparkan jambatan antara ahli baru dan lama. Antara Ronggeng dan Lantit. Teruskan memupuk semangat setiakawan yang tinggi.


Pada aku pulak, apa yang aku harapkan dari GJ 2005
1. AJK terdiri dari pelbagai individu dari pelbagai latar berlakang. ini akan dapat mempelbagaikan corak dlm GJ
2. AJK mempunyai wakil dari semua kelompok dalm GJ
3. AJK terdiri dari semua individu individu hebat dlm GJ. aku fikir, mereka mungkin boleh bersama menyumbang dalam membina GJ yang lebih hebat

Matlamat yang mungkin akan cuba dicapai 1. Perpaduan sesama ahli
2. meramaikan ahli
3. menstabilkan GJ
4. menghebatkan lagi GJ



SEKARANG MASA UNTUK ANDA MENGUNDI HTTP://WWW.JURNAL.BIZ/PILIHANRAYA05.HTML

Powered by Blogger