<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11113220\x26blogName\x3dSnap+untuk+Suka,+Bukan+untuk+Cari+Makan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nestum-ais.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nestum-ais.blogspot.com/\x26vt\x3d8490069313966893457', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sunday, February 27, 2005

blog blog

Ntahlah.. (<-- perkataan pertama yg memungkinkan ini entry yg panjang).. dunia weblog muncul sebagai satu alternatif kepada individu individu yg merasakan penulisan adalah terapi yg terbaik untuk dirinya. tak semua bijak untuk meluahkan apa yg difikirkan kepada khalayak melalui lisan. dan ada jugak yg bijak meluahkan tetapi tidak mempunyai audion yg sesuai. sbb kedua mungkin yg byk dihadapi oleh semua.Kita tahu apa yg kita nak luah, dan kita mampu untuk luahkan di dalam lisan. tetapi masalahnya, siapa yg ingin menjadi pendengar. kebanyakan kita mempunyai persekitaran yg pelbagai. mungkin mereka mampu untuk menjadi kawan kita, tapi tak semestinya, cara dan apa yg difikirkannya adalah sama dengan kita. kita mungkin suka tentang bola, kawan kita mungkin suka tentang skill pemain tertentu, dan kita pula lebih suka tentang skill pengurus mengatur pasukannya. aku tak nafikan bahawa, ada di kalangan kita yg aku fikir sangat bertuah kerana mempunyai kawan yg cukup sekepala. tapi tak semua kita bertuah.dunia weblog menjadi satu pilihan untuk kita mendapatkan audion, tidak kiralah audion kita itu sekadar ingin mempromosi blognya atau sekadar mengulas atau sememangnya sekepala. siapa kata tidak mungkin kita akan menjumpai mereka yg satu kepala dengan kita di daerah nusantara ini. jika entry seseorang terlalu umum atau menepati minat dan jiwa pembaca weblog masa itu. blog kita akan menjadi meriah.berkaitan dengan ntry pulak, ia adalah terpulang kepada kita, kerana jika kita menulis kerana mahu mengemuka pendapat atau pandangan atau cerita sesuatu dari sudut pandangan kita, kita harus percaya pada diri kita dan mempunyai konsep yg tetap. Konsep kebebasan adalah amat diraikan di dalam blog. "Aku tulis apa yg aku suka, kalau kau tak suka, jgn masuk dan jangan baca". tiada paksaan dan sekatan dlm blog. tiada satu protokol atau skima khas yg perlu diikuti. tiada pula individu tertentu yg kamu perlu lindungi atau pertahankan. NAMUN, setiap apa yg kamu tulis adalah menjadi tanggungjawap kamu. kes seperti jeff oii sebelum ini, telah menganggu kerancakan dunia weblog, ia membuat kita lebih berhati hati dalam menyentuh soal negara. Kita mungkin boleh katakan bahawa "PakLah selalu lambat datang ke Majlis Rasmi dan apabila beliau mengesyorkan tentang peningkatan kualiti perkhidmatan awam, tetapi kualiti pejabat beliau dan timbalannya masih belum memuaskan apabila org telefon seharian tak berangkat". Apabila kitakana ayat seperti ini, kita menyatakan apa yg kita alami dan lalui. tetapi media dimalaysia adalah media mengampu perdana menteri, ntry sepertii itu akan ditafsirkan sebagai menghina perdana menteri dan seterusnya kita(aku) akan dikenakan ISA kerana menghina perdana menteri dan kembali semula isu berkenaan weblog dan menyebabkan internet akan dipotong dan tidak dibekalkan kepada para mahasiswa lagi. Dan laman porno serta penyebar email spam masih lagi seperti biasa menjalankan aktiviti mereka. Namun, pada penglihatan aku, ramai blogger yg cuba melarikan diri dari menyentuh soal negara dan lebih pada tahap persekitaran mereka sahaja. sesetengah pihak mungkin menganggap ia adalah satu kekurangan yg mesti dibetulkan dan menyatakan yg karya melayu dan orang melayu tidak akan kemana mana jika mereka masih lagi selesa di dalam kelompok persekitaran sahaja. ya, seharusnya mereka sedar bahawa ketetapan dan pembatasan terlalu byk perkara oleh undang undang menyebabkan org melayu sudah bosan.Apa yg penting adalah, kita menulis kerana kita mahu tulis tentang perkara tersebut dan kita bersedia untuk mengambil tanggungjawap terhadap perkara tersebut. kepada yg tak suka, pedulikan.ada juga yg berblog kerana ingin perhatian dalam bahasa baiknya, atau popular dalm bahasa terus terangnya. mereka pada awalnya menggunakan blog untuk kepuasan diri masing masing dalam menulis dan meluahkan isi hati tetapi kemudiannya menukar rentak dengan menulis untuk memuaskan hati org lain. mungkin, ya benar yg jika ramai puas hati membaca ntry kita, kita akan rasa puas hati, tetapi ia ibarat memberi makan ikan di tasik, kucing dirumah kelaparan.perkara seterusnya dalam menulis blog adalah, apabila blog kita Istimewa dan menjadi tempat kunjungan utama blogger dgn hits beratus, kita akan menghadapi risiko, cerita pasal B dan A, Y ngan Z terasa. perkara seperti ini tidak dpt dielakkan kerana, hidup kita akan hampir sama, kerana untuk kita mampu berkongsi pengalaman dan pandangan.Menulis blog ibarat menunggu budak menjual nasi goreng ayam di blok rumah pangsa, kita harus mengambil risiko terhadap apa yg kita tulis.ibarat kereta ngan sime tyre, mahu tak mahu, apabila blog seseorang itu popular dengan hits beratus, Blogger tersebut akan MENUMPANG popular blognya. kengkadang, Blogger itu yg lebih popular dari blognya. kalau nak ikut, blognya bukan sentiasa update pun, namun demikian ia menyumbangkan kepada satu proses pembangunan insan yg baik apabila blogger ini sampai ke tahap riak. apalah guna bola no 14, kalau semua nak guna no 8. fenomena individu individu berhati kaldai yg busuk hati dan jelos alias dengki dengan mereka yg riak ini tidak mampu dielakkan lagi. ia mungkin satu perkembangan yg sihat dlm pembentukan insan kamil tetapi mungkin sesuatu yg perlu diteliti semula dlm dunia weblog. tapi kalau takdak yg dengki, payah jugak, nanti asyik tak sedar diri pulak.tertubuhnya kelab sosial blogger ibarat org ngantuk disorongkan kredit Rm60, ia telah cuba memberi satu pandangan medium baru yg lebih nyata. ia sebenarnya menyumbang kepada perkembangan pesat keyakinan diri blogger yg sebelum ini lebih byk menumpukan diri di hadapan monitor 14 inci. walaupun ianya lebih byk menghabiskan duit dari duduk dpn pc yg hanya RM88++ saja sebulan, namun hasilnya, boleh dibanggakan. buat masa ini, dalam rekod jabatan, byk jugak yg telah mengikat tali petunangan secara tak rasmi antara blogger. dan LAGI Ramai yg bercerai sebelum sempat ditunangkan secara rasmi. Namun ditegaskan disinikan, kelab sosial seperti ini bukanlah sebagai kelab pencari jodoh, jauh sekali kelab mencari bodoh, ia adalah kelab yg mengraikan para blogger yg disangjungi ntrynya didunia siber di dlm dunia nyata. kelab minum teh dan roti nan, kelab badak berendam, kelab mencuci longkang, kelab main embun adalah sub sub kelab dari kelab sosial yg sedia ada yg mana cuba untuk mengeratkan tali silaturrahim antara blogger. namun, yg menyedihkan, ramai blogger yg apabila rajin bersosial, terlupa perkerjaan utamanya, iaitu mengupdate blog, hobinya berkerja kerajaan atau swasta, hanya dilakukan pada waktu lapang atau hari tidak mendapat MC. dan jadilah beberapa blog yg bersarang tebuan yg tidak perlu diperkenalkan lagi.dah dah.. aku rasa elok aku berhenti menulis, karang lagi teruk aku merapu, mcm menghantar sms pada matjan, biarpun dia ada kredit, belum tentu dia akan balas, begitulah aku arini yg terpaksa bermain hujan. lebat gila hujan, sampai terserlah keburukan teminal pengangkutan barat alias stesen ERL putrajaya, bocor berapa byk tempat.. itu tu.. nak salahkan kontraktor ker? kerajaan ker? JKR keR? dato' Sami ker?. Kerja takdak.. raya ada.._________________________________//ntry ini adalah sempena menyambut hari terakhir aku berkursus untuk bulan Februari, bulan 3 ni pulak aku kursus. tempat aku kursus best.. ada YM.. hhehehe

Powered by Blogger